Thursday, 19 January 2012

hakikat CINTA

setiap manusia memburu CINTA . kerana CINTA menjanjikan keindahan , kepuasan , kebahagian dan kesempurnaan . tetapi kenapa hujungnya DUKA & DERITA?? apakah CINTA itu tidak wujud atau ianya tipuan semata-mata ?? atau sebenarnya manusia buta mengenal CINTA .

hakikat CINTA bukan persoalan . bukan juga fakta atau fantasi . kerana yang mengenal hakikat , pasti menemui CINTA NYA  bukan ??

hanya CINTA sebenar itu diliputi oleh berbagai CINTA yang palsu .sayang manusia selalu tersalah ambil . dikejar CINTA palsu kerana disangkakan benar . kerana ia dilihat mudah dan menghairahkan . orang lupa bahawa untuk mendapatkan CINTA sebenar itu perlu pada kesusahan dan pengorbanan . ia tidak datang bergolek . CINTA palsu dan CINTA sebenar ibarat pasir dan intan . pasir mudah terlekat pada diri tetapi intan perlu bersusah payah dicari.

dalam mencari CINNTA sebenar , kita perlu berhati-hati . hakikat CINTA memaparkan kekeliruan manusia tentang persoalan CINTA dan pergelutan mereka untuk mencapai CINTA yang hakiki.

No comments: